Sunday 20 February 2011

Tips Menjadikan Diri Anda Bermotivasi

Assalamualaikum....

Hari ini aq mw crta tntg kebaikan internet..hehe..erm..setiap benda tu mesti ada benda positif dan benda negatif..tapi..bgus crta pasal benda positif jak lar...sebenarnya banyak benda yg boleh kita dapat d internet nie..banyak gak aq tngk yg boleh di jadikan panduan...sebagai contoh cara2 untuk menjadi orang yg bermotivasi...nak taw caranya.......baca jak di bawah nie..kaci hbs arr..pnjang nie...huhu

Kali ini saya berkata tentang bagaimana nak menarik motivasi supaya wujud dalam diri Anda. Saya akan berkata bagaimana untuk menjadikan diri Anda bermotivasi.

Oh.. Anda dah tahu cemana nak motivasikan diri?

So, apa gunanya saya menulis tentang hal ini? Walaupun Anda dah tahu, tapi, Anda jarang buat. Tugas saya adalah untuk mengingatkan Anda dan memperingatkan dir saya juga.

Artikel kali ni agak panjang, saya tak copy dari mana-mana artikel atau dari mana-mana buku, saya akan kongsikan pengalaman saya sendiri. Lain orang lain faktor motivasinya. Jika Anda ada faktor motivasi (motivator factor) yang lain, boleh kongsikannya di ruang komen.

Dah sedia? Kita mula sekarang.

Untuk menjadikan diri Anda bermotivasi, pertama sekali,jaukan dari dari kata-kata negatif, artikel-artikel yang berunsur negatif, yang menyatakan rasa tak puas hati pada isu-isu semasa dan jauhkan dari menonton video-video negatif yang ada unsur penentangan, kemarahan dan keganasan.

Mengapa pula? Sebab bila Anda mendengar kata-kata negatif dari percakapan orang lain, membaca artikel-artikel negatif (seperti yang menyatakan ketidakpuashatian) dan Anda pula bersetuju dengan segala apa yang Anda dengar, baca atau lihat, ia akan menumbuhkan benih pemikiran negatif dalam hati Anda serta di dalam fikiran Anda.

Ia makin bercambah bila Anda tidak puas hati, geram dan marah pada situasi-situasi tersebut. Selain itu Anda pula menulis rasa tidak puas hati untuk dikongsi dengan orang lain.

Apa yang kita selalu fikir, itulah yang akan ditarik oleh minda kita, ahirnya itulah yang akan kita jadi. Law Of Attractionmenarik apa saja yang bermain di fikiran kita sama ada kita sedar atau tidak, nampak atau tidak.

Bila Anda berbuat begitu (selalu tak puas hati pada situasi-situasi tertentu, orang tertentu dan dan apa saja isu semasa), Anda berfikir tentang sesuatu yang negatif. Seterusnya, minda menarik situasi-situasi negatif datang pada Anda tanpa henti bahkan makin bertambah!

Sebab, Anda asyik berfikir pada sesuatu yang serba negatif.

Jangan suka dengar lagu yang sedih-sedih, yang putus cinta, yang ditinggalkan, yang tak puas hati atau yang merasa Tuhan tak adil. Bila Anda suka mendengar lagu-lagu yang berirama sebegitu, Anda juga akan turut menjadi sedih, tak bersemangat dan tak bermotivasi.

Apa yang Ada dengar dan apa yang ada 'feel' di dalam hati akan diserap oleh minda dan direalisasikan serta merta.

Selagi dalam minda Anda masih terbayang-bayang alunan irama lagu tersebut, lebih banyak situasi sedih akan ditarik oleh minda supaya jadi pada Anda tanpa di duga. Kesannya, Anda langsung tak jadi bermotivasi dan tak bersemangat untuk jangka masa panjang.

Jadi, latih diri Anda supaya membuang fikiran-fikiran negatif, sangkaan buruk, jauhkan diri dari membaca artikel-artikel negatif dan bayangkan Anda menahan gelombang negatif itu dari memasuki minda Anda.

Kedua, dekatkan diri dengan suasana yang gembira, yang ceria dan penuh kebahagiaan. Kalau boleh dengar lagu yang rancak, energetik dan yang membuat Anda gembira atau buat apa yang menjadi hobi Anda, passion Anda.

Cuba ingat semula wajah-wajah yang Anda sayangi, mungkin ibu bapa Anda, adik beradik Anda atau kekasih Anda. Hadirkan situasi di mana Anda pernah tertawa sekali bersama mereka.

Kemudian, bayangkan bagaimana mereka membuatkan Anda gembira, mungkin dari senyuman mereka, hilai tawa mereka, suara mereka, keayuaan wajah ataupun ungkapan kata cinta yang membuat Anda rasa bahagia.

Hadirkan ia dalam gambaran mental Anda dan biar rasa bahagia tu meresap masuk ke dalam sanubari Anda, sedalam yang mungkin, sejauh yang mungkin. Kesan daripada itu, Anda jadi sedikit 'ringan' dan ceria tanpa apa-apa tekanan, stress, susah hati, sangsi atau apa jua fikiran negatif.

Selepas itu, Anda akan jadi lebih bersemangat dalam apa jua yang Anda lakukan. Kasih sayang, cinta dan emosi bahagia adalah pencetus semangat motivasi yang paling kuat.

Jika Anda mengulangkaji pelajaran, Anda akan lebih bersemangat belajar. Jika Anda seorang pekerja, Anda jadi lebih rajin ketika bekerja. Jika Anda seorang usahawan Internet, Anda akan menjadi lebih produktif dan lebih gigih dari yang sebelumnya.

Anda lebih mudah menjadi bermotivasi dalam keadaan ceria,gembira dan tenang. Saya mudah naik semangat bila membaca artikel-artikel kejayaan orang lain, berfikir tentang pencapaian orang lain dan melihat hasil pencapaian mereka, seperti rumah besar, kereta mewah dan keluarga bahagia, kerana dengan melihat itu saya bersemangat jadinya.

Untuk membuatkan Anda mudah untuk jadi bersemangat, ikut dua langkah yang saya tulis di sini sebentar tadi, iaitu :

1. Jauhkan diri Anda dari fikiran-fikiran negatif, kalau ada, buang cepat-cepat.
2. Dekatkan diri Anda dengan fikiran-fikiran positif, sedekat yang mungkin dan kawal minda Anda untuk memikiran hanya fikiran yang positif sahaja.

Anda boleh menyatakan rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan sebagainya tapi biar yang terkawal, jangan sampai ia yang mengawal Anda. Tapi, dari apa yang saya perhatikan pada ramai orang yang selalu tak puas hati, dia tak pernah jadi tak puas hati lalu kesan dari pada itu, hidup selalu saja bermasalah.

Saya ada seorang kawan yang asyik mengomplen pada apa saja yang didengar dan yang dilihat olehnya. Dari isu semasa, isu bola sepak, gaji yang rendah, overtime yang tak lambat dibayar, elaun yang lambat keluar, jodoh dia yang tak sampai-sampai dan kawan-kawan lain yang bergaji besar, semua dia komplen dan asyik rasa tak puas hati, bahkan mencemuh untuk menyatakan rasa tak puas hatinya.

Dah lama saya berkawan dengannya, sejak dari tahun 2000 lagi. Dia sering tak puas hati dengan apa yang kurang dan asyik memikirkan tentang kekurangan dirinya.

Bila dia nampak orang lain yang lebih ok dari dia, mulutnya mula keluar perkataan-perkataan yang tak sedap didengar, caci maki dan kata-kata nista.

Kesan daripada fikirannya yang sebegitu, hidupnya sering bermasalah dari segi kewangan dan kerjaya. Ada saja benda yang menimbulkan masalah pada dirinya.

Semua apa yang diusahakannya juga langsung tak menjadi, dari jual Insurans, buat personal loan, buat bisnes offline, buat program Adsense dan buat proposal paper untuk apply loan nak buka bisnes. Semua takde hasil ...

Dari apa yang saya analisa, pemikirannya dalam dirinya telah menjadikan dia sedemikian. Walaupun dia bermotivasi untuk bekerja, tapi jauh di dalam hati dia masih rasa tak puas hati dan terlalu geram pada situasi dirinya sendiri, dia langsung tak membuang perasaan negatif itu dan langsung tak bersyukur bahkan selalu menumpu fikiran pada benda yang dia rasa kurang.

Bila fikiran sudah menumpu pada kekurangan maka lebih banyak kekurangan yang akan timbul, bahkan berganda-ganda lagi .. sepatutnya ubah pemikiran agar minda, jiwa dan tubuh bebas dari gelombang negatif yang menghalang kemajuan diri dan kecemerlangan peribadi.

Jadi, jika Anda ada serupa sikit dengan perangai kawan saya ni, buang cepat-cepat tabiat tu, kerana tak lama lagi banyak masalah yang akan datang pada Anda. Comtohnya, hutang tak pernah habis, perbelanjaan makin naik dan pendapatan makin menyusut.

Ia semua berpunca dari fikiran kita, dari dalaman kita yang iarat magnet ni. Tips yang saya kongsikan hari ini mampu merubah diri Anda, membebaskan fikiran Anda dari segala yang negatif lalu menarik situasi-situasi positif dalam hidup Anda.

Untuk menjadikan diri Anda lebih bermotivasi, pilih untuk menjadi orang yang positif setiap masa dan jangan sesekali tukar pilihan Anda tu !........



hehe..sda hbs baca ka...pnjang kn...nie aq jmpa di...ntah..aq pn nda taw...aq copy paste jak...hehe..senang..dri pada maw fikir2 lgi...hahaha..


bha...malaz sda aq merapu panjang2 nie...hrp2 apa yg aq post nie ada lar orang yg baca...huhu


K....Wasalam...

No comments:

Post a Comment