Friday, 18 February 2011

Mengalah tidak semestinya ko kalah...

Memang mengalah seringkali bukan jalan yang diambil banyak pihak. Sesetengah orang saja yang mengambil jalan untuk mengalah. Mengalah merupakan pilihan terakhir dalam suatu keadaan atau pilihan. Kandungan mengalah di sini adalah kesabaran, ketulusan, kegembiraan dan  keikhlasan.
Mengalah tidak semestinya tindakan yang tidak bertanggung jawab. Ini adalah suatu bentuk di mana keadaan semua orang akan bergembira. Memang agak sukar untuk difahami dan dipratikkan dalam kehidupan.
Siapa yang sering melakukan hal ini : mengalah ? Biasanya adalah abang, abang mesti mengalah dengan adik..hehe. Dengan senang hati mengalah dengan keadaan yang harus diterima dengan hati ikhlas. Jika berlaku sesuatu masalah yg melibatkn 2 belah pihak.Jika tidak ada yg mengalah, akan terjadi dendam yang tidak ada penghujungnya atau di mana tidak membuat keadaan bertambah baik tapi merugikan banyak pihak. .Memang berat untuk mengambil pilihan ini, tetapi jika dilakukan dengan ikhlas, masalah akan dapat diselesaikan…Insyallah....

No comments:

Post a Comment